Ahad, 28 Disember 2008

1 Muharam 1430 bersamaan 29 dis 2008

Salam sejahtera 2 all,
Pd 1 muharam 1430 seluruh umat didunia akan menyambut awal muharam....di malaysia, sambutan awal muharam diadakan dengan mengadakan sambutan maal hijrah....

Hijrah berasal daripada kalimah Arab yang memberi makna berpindah dari satu daerah ke satu daerah lain. Hijrah boleh ditafsirkan sebagai satu perubahan lokasi secara zahir dari titik A menuju ke titik B. ia juga boleh menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yang penting, unsur yang perlu ada dalam amalan berhijrah ialah berlakunya perubahan kedudukan berbanding dengan tempat atau keadaannya yang asal sama ada secara ruhi ataupun jasadi. Bagi masyarakat kita, perkataan hijrah telah sebati dan diterima pakai dengan pengertian yang mendalam oleh segenap lapisan masyarakat.....

Di dalam lipatan sejarah, Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat r.a. dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Sebelum hijrah besar-besaran ini, telah berlaku satu penghijrahan kecil melibatkan para sahabat r.a. dari Mekah ke Habsyah.

Sebenarnya hijrah tidak mungkin terjadi tanpa apa-apa sebab yang mendesak. Jika dilihat pada hari ini, orang berhjrah dari kampung ke kota kerana desakan menuntut ilmu, mencari kejra, berkahwin, berniaga, tekanan hidup, dan sebagainya. Dahulu orang-orang Portugis merantau jauh berhijrah ke Kepulauan Melayu kerana kononnya untuk mendapatkan rempah ratus. Namun sebenarnya matlamat di sebalik itu ialah untuk menjajah, membolot kekayaan dan meyebarkan dakyah Nasrani dan Yahudi.

Sesungguhnya hijrah amat perlu dalam kehidupan kita. Bermula sahaja kehidupan di muka bumi ini menuntut kita untuk berhijrah dan terus berhijrah dari satu tahap ke tahap yang seterusnya. Paling kurang sekadar untuk sesuap nasi sebagai usaha untuk hidup, apatah lagi dalam mencari kesenangan, keamanan, keadilan, kebahagiaan dan keselesaan.

Bagi para sahabat r.a. di Lembah Hijaz, hijrah dari Mekah menuju ke Madinah merupakan sesuatu yang amat berat yang perlu mereka tanggung. Hijrah mereka diburu dengan mata pedang, berlinangan air mata dan diiringi dengan korban nyawa. Hijrah yang bertujuan menyelamatkan akidah iman yang dianugerahkan kepada mereka. Bikan setakat itu, penghijrahan mereka juga kerana membawa risalah dakwah untuk saudara-saudara mereka di Madinah dan untuk generasi masa depan hingga sekarang.

Bayangkan betapa sukarnya untuk menerima kenyataan apabila status kewujudan mereka sebagai kumpulan minoriti Islam yang dilahirkan, dibesarkan, mempunyai kampung halaman, harta benda, ternakan, tanaman, perniagaan dan bertapak di situ sejak nenek moyang mereka, telah dinafikan sewenang-wenangnya oleh kafir Quraisy dalam sekelip mata sahaja.

Hanya kerana keimanan, mereka dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri. Firman Allah Taala yang bermaksud: '…(iaitu) orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ‘Tuhan kami hanyalah Allah’…' (Surah al-Hajj: 40)

Penghijrahan mereka dari bumi Mekah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah. Ketulusan hati mereka ini telah dirakamkan oleh Allah Taala di dalam firman-Nya yang bermaksud: '…(Juga) bagi orang fakir yang berhijrah yang diusir dari kampung halaman dan dari harta benda mereka (kerana) mencari kurniaan daripada Allah dan keredhaan-Nya dan mereka menolong Allah dan Rasul-Nya. Mereka itulah orang-orang yang benar.' (Surah al-Hasyr : 8)

Tindakan kejam kafir Quraisy ini dilakukan semata-mata kerana keramatnya ungkapan dua kalimah syahadah yang berjaya mengeluarkan kumpulan umat Islam pertama di kota Mekah daripada belenggu penyembahan berhala yang mereka cipta dengan tangan mereka sendiri. Slogan ini mampu menggegarkan keutuhan pembesar Quraisy yang sedang berkuasa pada masa itu.

Orang-orang kafir Quraisy sedar dengan tersebarnya agama Islam di bumi mereka, maka mereka tidak lagi bebas melakukan kezaliman, penipuan, amalan pemerasan kuasa ke atas kaum yang lemah, rasuah, zina, menjadikan wanita alat hiburan, meminum arak, berjudi dan segala macam maksiat yang dapat memuaskan hawa nafsu buas mereka. Mereka juga sedar dengan bangkitnya Islam, maka mereka tidak layak lagi menjadi pemimpin dan segala peluang untuk mereka membolot keuntungan dengan cara-cara yang menyeleweng tidak lagi ada. Bukan setakat itu, segala jenayah yang mereka lakukan sebelum dan ketika itu juga akan turut dibanteras dan kemungkinan akan menerima hukuman yang sewajarnya daripada pemerintahan Islam.

Oleh sebab itu, apabila Rsululah s.a.w melancarkan seruan dakwah secara terbuka dan terang-terangan, maka tindak balas segera secara berperingkat daripada musyrikin Quraisy juga turut bermula. Sejak itu maka pertentangan antara iman dan kufur pun berlangsung secara rasmi dan mula menyaksikan pelbagai bentuk penindasan, permusuhan dan perpecahan berlaku antara penduduk kota Mekah. Antara nama-nama yang paling kuat mengusahakan komplot menyakiti Rasulullah s.a.w. dan memecahbelahkan kaum muslimin ialah seperti Uqbah ibn Abi Mu’ait. Abu Jahal, Abu Lahab, Walid ibn al-Mughirah, Umayyah ibn Khalaf, Nadr ibn Harith dan Aswad ibn Abdul Yaghuth.

Sesungguhnya iman selama-lamanya tidak akan dapat bersama dengan kufur. Inilah sebabnya sejak daripada zaman Nabi Adam a.s. sehingga kini, titik pertemuan antara iman dan kufur tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk tidak dapat disatukan. Sebaliknya iman yang ada pasti menundukkan segala bentuk kekufuran yang berleluasa dan menggugat keamanan orang-orang yang beriman. Di dalam al-Quran Allah Taala berfirman yang bermaksud: 'Katakanlah: ‘Hai orang-orang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyambah Tuhan yang aku sembah. Untukmu agama kamu, dan untukku agamaku.' (Surah al-Kaafirun : 1-6).

Gelombang kebangkitan Islam di Mekah menjadi semakin bersemarak pada saat penentangan kuat kafir Quraisy yang semakin menjadi-jadi. Para pembesar Quraisy berusaha menimbulkan keraguan di dalam hati masyarakat Mekah dan memporakperandakan kesatuan kaum Muslimin dengan menjanjikan pelbagai ganjaran, pangkat, wanita serta harta termasuk kepada Muhammad s.a.w. dengan syarat menghentikan kerja-kerja dakwah mengajak manusia memeluk Islam.

AinMimAlifRor, 0200 ahad 30 zulhijjah 1429

Kaifa Haluka? Apa Kabar?

Salam Sejahtera 2 all,
Apa kabar semua? lama sudah aku tak update blog sibuk sikit dgn kerja...Rakyat marhean mcm aku ni mmg sentiasa sibuk dgn memikirkan plbg masalah yg mendatang....aku skrg ni tgh bercuti sory lewat sikit dr institut pengajian lain kerana aku pusat latihan kemahiran cuti aku tidak sama dgn institut2 lain yg sama mcm aku hanya poli n ilp yg aku tahu je.....aku b'cuti selama 3 minggu dan bukak balik pd 12 jan 2009....aku akan cuba sedaya upaya mengupdate selalu blog ini untuk tatapan semua.....

Selasa, 2 Disember 2008

Amali......

Salam Sejahtera 2 All,

Minggu ni aku sibuk dgn amali akhir, dlm bidang kemahiran amali akhir lebih penting dr teori kalu mengikut nisbah 60:40, pening, kalut dan sibuk tu ungkapan yg paling sesuai utk minggu ni..... Aku harap